4 January 2012

Hari pertama masuk sekolah menengah...

Laurie Gina | Wednesday, January 04, 2012 | 1Comments |
Selamat malam semua ! hari ni,sy just nk tulis ttg hari pertama saya menjejakkan kaki ke sekolah menengah...

Sy pergi ke sekolah dengan menaiki van sekolah , mak dh taknak hantar sebab kereta selalu buat hal...asyik2 mati di tengah jalan . Naik jer dalam van tu , berjumpa lak ngan kawan sekolah rendah...mereka ni budak..LELAKI . Cuma saya sorg jer perempuan dalam van tu .. heh .

Sampai jer kat sekolah , hati rasa gementar , mak tak da temankan saya...mak pergi temankan abg masuk IKBN . Tapi tak per .. sy kena sesuaikan diri .  Tiba jer kat pagar besar sekolah , adalah sesetengah rakan sekolah rendah yang memanggil saya .. hati pun jadi GEMBIRA .

Bila jam dh menunjukkan pukul 12 tengahari , semua pelajar tingkatan 1 dan 2 akan masuk dewan sekolah untuk perhimpunan setiap hari rabu , dan pelajar tingkatan 1 tetap berada di dewan sampai masa tamat untuk program orientasi .

Orientasi ni ... sy boleh kata best dan tidak best ... benda yang tidak best nya ialah :

-> punggung sakit sbb terlalu lama duduk kat atas lantai tanpa kerusi . Itu jer .. haha !

Sepanjang program orientasi ni dijalankan , guru-guru banyak memberi penerangan , motivasi , etc . Pengetua sekolah ni amat pantang jika ada pelajarnya yang membuang sampah di merata-rata tempat . Pengetua juga taknak ada pelajar yang berlari sana sini ketika berada kat sekolah <<keselamatan harus diutamakan ! >>

Guru kaunseling 1 ni , dia asyik tersenyum bila bercakap , dia kata "senyumlah dengan seadanya " Dia juga bukan seorang yang pemarah . Dia mmg best lah .
Guru kaunseling 2 lak , dia marah sbb sesetengah  pelajar dh mengingkari undang-undang sekolah , iaitu , MENJAGA KEBERSIHAN DI KANTIN . Huh . Dia pun ada kata ' Kalau anda semua masuk kat SMK Lutong , anda takkan percaya apa yang anda lihat di sekeliling sekolah SMK Lutong . Tong sampah mereka sedikit . Maksud cikgu , sekolah mereka bersih , tiada sampah di merata-rata tempat , itu namanya mereka mengamalkan kebersihan sekolah !".
Sekolah tu mmg bersih sbb guru kt SMK Lutong semuanya 'garang'.

Budak peralihan pulak(mereka ni dari sekolah cina,kalau diikutkan,sekarang ni mereka form 2,tapi masuk form 1 , sbb gagal ujian BM ) selalu buat bising waktu program sdg dijalankan , mmg rasa nak marah jer .. tapi takpa , sy masih bersabar .

Kemudian , cikgu .... #takingatdah~* pulak akan tunjukkan lagu sekolah . Mula2 mmg susah nak nyanyi , bila dah dengar lagu tu berbanyak kali , baru lah kami semua dpt ikut rentak bunyi muzik tersebut .

#kalau di perhatikan , kebanyakkannya pelajar cina . Pelajar Islam,Iban ,etc lak kurang . Guru pun banyak cina . Susah ni ... takper, kita hidup bermasyarakat .

Dh , bye2 , nak tidor !~


1 comment:

Everyday in every way, think what you need and tell what you think ...

Usia Blog Laurie

Daisypath Friendship tickers
Mula berblog 23/24 Jul 2011